Followers

Ciri-ciri calon suami pilihan dan soleh menurut Islam


Kuat agama dan berakhlak mulia
- Berpegang teguh kepada agama dan rajin beribadah . Mempunyai akhlak dan budi pekerti mulia serta sangat menghormati orang tua

Yang berkemampuan
- Berupaya menyediakan tempat tinggal , saraan hidup yang kebiasaan serta pakaian . Juga mampu mentadbir isteri , anak-anak dan rumah tangga

Pandai menjaga darjat diri dan menepati janji
- Apabila berkata , dikota dan diamalkan . Suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan .  Menjauhkan yang mungkar , dan mendahului perbuatan itu 

Tidak dayus
- Sanggup menjadi pembela isteri dan melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan . Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap isteri dan anak-anak

Berkebolehan dalam urusan rumah tangga
- Berkebolehan memasak , menjahit dan membasuh pakaian . Lelaki yang biasa membuat kerja rumah tidak akan membebankan isteri dengan kerja yang berat-berat . Suami yang bertimbang rasa tidak akan memerintah isterinya tanpa mengira isterinya sakit ataupun kepenatan

Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk
- Apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah . Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri , ini beerti suami akan sentiasa bersangka buruk

Rajin , berfikiran luas dan tidak memakan harta perempuan 
- Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas , inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri . Allah sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha 

Mudah memaafkan
- Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasulullah s.a.w ketika menegakkan agama Islam . Pasti sahaja suami yang mudah memberi kemaafan akan sentiasa membimbing isteri yang melakukan kesilapan

Bebas daripada penyakit berat
- Seorang lelaki itu mestilah bebas daripada penyakit-penyakit yang menghalangnya untuk berkahwin seperti gila dan penyakit yang membahayakan

Bukan keluarga terdekat
- Tidak digalakkan bakal suami daripada kalangan keluarga terdekat

Mentaati suami
- Isteri wajib mentaati perintah suaminya selagi ia tidak bertentangan dengan kehendak Islam . Juga menerima kenyataan bahawa suami ialah ketua di dalam kepimpinan sesebuah rumah tangga

Memberi keutamaan hak suami
- Sentiasa mendahului keperluan suami kerana bagi seorang isteri tidak ada hak yang lebih utama kepadanya selain hak suami

Menjaga maruah diri sendiri
- Sebagai isteri perlu menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi dan rumah tangga . Membuka rahsia suami atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami . Sekali gus menggugat keharmonian rumah tangga kerana suami akan hilang kepercayaan terhadap isteri
Post a Comment