Followers

7 cara menjaga hubungan

Hye-II . Jom ikut tips nyy . InsyaAllah , hbngan kita n gf/bf kita smakin bhagaia =) 1. Komunikasi Asas “paling paling paling” penting dalam perhubungan ialah komunikasi. Ia seperti juga bercakap dalam telefon apabila talian anda putus, anda tak dapat berhunbung dengan pasangan anda.. Dengan komunikasi yang baik, anda dapat menyampaikan mesej serta maklumat yang jelas pada pasangan anda dan seringkali berlaku perselisihan kerana masalah komunikasi, salah dengar dan salah faham.. Apa yang anda mampu lakukan.. seterusnya 2. Kenal & Kenal cara Setiap ayat yang datang dari pasangan anda mempunyai mesej yang datang dari latar belakangnya.. Oleh itu kenalpasti cara penyampaiannya bagi mengelakkan salah faham.. Adalah tidak salah jika anda bertanyakan semula untuk mendapatkan kepastian, seperti contoh di bawah Adam : Rumah yang dihujung tuh.. Melor : Maksud sayang yang pakcik hassan tinggal yang warna kuning tuh ke ? Adam : Iye sayang ? Melor : owwhh.. “I got it” Dengan mendapatkan kepastian ia mengurangkan risiko untuk salah faham kerana sehebat mana anda belajar walaupun 9 universiti, salah faham pasti akan berlaku, yang penting ialah meminimakannya.. 3. Hormat dan dihormati Untuk mendapat hormat, anda hendaklah beri hormat dulu. Respek pasangan anda jangan sekali-kali memperkecilkan dirinya. Cakap dengan nada yang sopan supaya pasangan anda rasa tenang dan rasa dihormati oleh anda. 4. Tunjukkan kasih sayang Sering beri alasan mengatakan diri anda tak romantik. Pernah dengar dengar pepatah “Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih” ? Dah anda suka dah sayang pada pasangan anda, tunjukkanlah perasaan kasih dan sayang padanya supaya dia boleh merasa kehadiran anda.. Sering ada juga yang memberi alasan, “Tak perlulah romantik sangat” .. Bagi pasangan suami-isteri itulah perkarang yang paling penting dalam membina sebuah keluarga, dengan mempamerkan kasih sayang pada pasangan masing-masing. Tak rugi satu sen malah anda sendiri akan rasa untung. 5. Beri salam Ini mungkin nampak terlalu remeh, tetapi inilah antara perkara yang mengeratkan hubungan anda dan pasangan anda.. Salam itu satu doa, dan apabila anda beri salam pada pasangan anda, ia merupakan doa buat dirinya.. Dan indah buat pasangan suami isteri, apabila bersalaman maka gugur dosa kedua-duanya.. 6. Buat yang suka Buat apa yang pasangan anda suka, belajarlah mengambil hati pasangan anda, kalau dia suka coklat, belikan dia coklat, bahagianya bila melihat pasangan anda tersenyum gembira. Dan kalau pandai masakkan makanan kegemarannya, apa salahnya kalau sedia kan buat dirinya.. Orang putih kata “The way to a man’s heart is through his stomach”.. :) Kalau pasangan anda meminati memancing dan tidak pulak anda, berilah dia peluang untuk pergi memancing, dan bagi yang perempuan apa salahnya keluar sekali sekala shopping dengan kawan-kawan anda sendiri. :) 7. Bergurau Manisnya kalau si Dia tersenyum, berguraulah dengan pasangan anda cuba jadi seorang yang kelakar dan mampu buat pasangan anda tertawa.. Bagi suami isteri, kalau sekali sekala mencuit si isteri bagi melihat pasangan merayu manja macam orang putih kata “it will be the sweetest thing to share a smile “.. -Semoga Bahagia Selalu :D

No comments: